Thursday, June 25, 2009

Shah Rukh Khan Menghina Nabi Muhammad


Shahrukh Khan
Shahrukh Khan

Sebuah madrasah Islam di India telah mengeluarkan fatwa penentangan terhadap bintang Bollywood terkenal Shahrukh Khan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad. Sharukh Khan di dalam sebuah temubual di sebuah majalah mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan salah seorang tokoh yang paling tidak berkesan dan tidak berguna sepanjang sejarah, sejajar dengan Adolf Hitler dan Winston Churchill.

"Seseorang yang membuat ucapan seperti Shakhrukh Khan itu adalah kafir dan keluar dari Islam," kata Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Muhammad Shoib Raza Qadri dan Mufti Mutiur Rahman dari Madrasah Darul Ulum Mazharil Islam.

Minggu lalu, sebuah kes jenayah telah didaftarkan di Mumbai untuk melawan Shahrukh Khan dan majalah yang mempublikasikan wawancaranya dibawah UU penghinaan terhadap agama dan pelanggaran terhadap kepentingan umum dari UU hukum pidana India.

Shahrukh Khan sendiri meskipun beragama Islam namun dirinya beristeri seorang musyrik Hindu, dia terkenal di Malaysia dan Indonesia setelah filmnya yang berjudul Kuch Kuch Hota Hai menjadi box office. Malahan Kerajaan Negeri melaka telah menganugerahkan pangkat Datuk kepada beliau atas jasa-jasa yang tidak pernah ujud di Malaysia.