Wednesday, June 10, 2009

Sedang Solat Ditembak Mati di Masjid AlFurqan Thailand



6 orang bersenjata M-16 dan pump-gun menembak mati 11 jemaah islam yang sedang menunaikan sembayang di masjid Al-Furqan, Kamgpung Air Tempayan Thailand menjadi tajuk utama berita Utusan hari ini.

Menurut surat khabar itu lagi, kejadian itu terjadi kira-kira 8.50 malam waktu tempatan 50 km dari Sungai Golok. Kejadian semalam menjadikan jumlah kematian akibat keganasan di tempat yang bergolak tersebut kepada 3,700 sejak konflik ini meletus sejak 2004.

Pembunuhan terbaru yang melibatkan orang islam yang sedang beribadat dalam masjid, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

Dengan kejadian tragis ini, nampaknya orang-orang islam menjadi sasaran pembunuhan bukan sahaja berlaku di Bosnia, Bumi Palestine, Afganistan, maupun Iraq, tetapi telah merebak di negara Asia Tenggara terutama di Thailand dan Filipina.

Orang islam yang dianggap pengganas oleh pihak barat terutama selepas peristiwa 11/9 2001, telah menjadi sasaran pembunuhan. Namun demikian pihak barat tidak pernah menganggap pembunuh-pembunuh orang islam ini sebagai pengganas.

Kedudukan orang islam yang lemah dari semua bidang terutama dalam penguasaan ilmu, menjadikannya sebagai sasaran padang tembak. Orang islam yang lain di dunia tidak dapat berbuat apa-apa selain mengucapkan "in na lillahi ro'jion".

Peristiwa demi peristiwa yang melanda umat islam di merata dunia, dan sekarang di depan mata kita, seharusnya menjadi iktibar dan tauladan kepada kita. Akibat persengketaan, mengakibatkan ummah lemah, tidak dapat memikirkan memperkuat diri dalam semua bidang, terutama dalam soal-soal ilmu, kerana masa dan ruang yang tersedia terisi dengan percakaran sesama sendiri.

Kita termakan isu yang ditiupkan oleh musuh-musuh kita, kita terperangkap dengan taktik dan perancangan mereka dalam usaha melemahkan kita melalui lunas-lunas demokrasi dan kemanusiaan.

Kerana percaya dan yakin kepada perancangan musuh-musuh kita, maka kita sesama kita bercakaran, berlumba-lumba, merancang berbagai taktik dan teknik untuk menjatuhkan satu sama lain, semata-mata merebut kek yang tersedia, merebut kerusi yang tersedia, yang kita lupa bahawa kek dan kerusi itu, memang milik kita.

Mereka menonton kita bergelut dalam sirkus pertandingan, mereka bertepuk tangan, melihat bagaimana kita saling tikam menikam, untuk menemukan sang algojo dan kemudian mereka potretkan sebagai pejuang demokarsi, pembawa suara demokrasi, pembawa keadilan untuk semua, dan bermacam-macam lagi puji-pujian yang menyebabkan kita hilang pedoman.

Seharusnya kita telah lama sedar, bahawa akibat kelemahan ummah, maka negara palestin di rampas pada tahun 1948, akibat ummah lemah, maka Afganistan di landa perang hingga kini, akibat ummah lemah, rakyat iraq dibunuh, akibat ummah lemah, rakyat islam bosnia dipupuskan melalui pembunuhan penghapusan kaum.

Hingga kini, kita tidak berbuat apa-apa,dengan tanda atau label yang digelar kepada kita. Gelaran yang hanya cocok untuk kita, walaupun sangat menjijikan, kita terpaksa akur dan setuju kerana memang kita lemah

Ketua Tentera Thai Pantau Situasi Gawat di Selatan


SEORANG jemaah yang cedera dibawa turun dari ambulans untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital di selatan Thailand, kelmarin. – AFP


NARATHIWAT 9 Jun - Ketua tentera Thailand, Jeneral Anupong Paojinda diarah melawat selatan negara ini hari ini, selepas berlaku insiden sekumpulan lelaki menembak mati 11 jemaah di sebuah masjid di wilayah Narathiwat, malam tadi.

Kerajaan mengarahkan Anupong terbang ke wilayah bergolak itu dalam usaha membawa penyerang-penyerang terbabit ke muka pengadilan, kata Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara.

"Saya telah mengarahkan Anupong supaya pergi ke selatan Thai untuk memantau situasi dan menangkap penyerang-penyerang terbabit.

"Saya tidak akan berkata-kata apa sehingga saya menerima laporan rasmi kerana isu ini sangat sensitif," kata Suthep.

Lima atau enam lelaki bersenjata automatik memasuki sebuah masjid di daerah Cho-ai-rong, Narathiwat, semasa solat Isyak dan melepaskan tembakan ke arah jemaah, menyebabkan 11 orang termasuk imam terbunuh dan 19 lagi cedera,.

Serangan itu berlaku ketika keganasan memuncak semula baru-baru ini dan hanya beberapa jam selepas Perdana Menteri Thai Abhisit Vejjajiva dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk meningkatkan kerjasama bagi menyelesaikan pergolakan di selatan negara ini.

Suthep enggan menyatakan motif atau dalang di sebalik serangan itu, walaupun kerajaan sering menuduh puak pemisah Islam sebagai punca kebanyakan keganasan di selatan negara ini.

Penduduk kampung bagaimanapun berkata, serangan malam tadi adalah angkara pasukan keselamatan Thai kerana puak pemisah tidak mungkin menyerang masjid.

Jeneral Anupong, bagaimanapun menafikan pasukan keselamatan Thailand terbabit dalam serangan itu

Tentera mengesahkan Anupong akan melawat Narathiwat tetapi enggan membincangkan jadual lawatannya atau sama ada beliau akan mengunjungi daerah Cho-ai-rong.

Jurucakap tentera, Kolonel Parinya Chaidilok berkata, hospital tempatan kini kekurangan bekalan darah disebabkan beberapa kejadian pertumpahan darah sejak beberapa hari lalu dan askar yang menaiki trak tentera menggunakan pembesar suara menggesa penduduk menderma darah.

"Kami menyeru semua penduduk Thai, sama ada yang beragama Buddha mahupun Islam, supaya menderma darah atas dasar kemanusiaan kerana hospital kini mengalami masalah kekurangan darah," menurut seruan itu. - AFP

Tentera Thai Terlibat dalam Pembunuhan di Masjid

Setelah kejadian 'pembantaian' umat Islam di masjid Isnin malam yang lalu yang dilakukan oleh sekelompok orang yang tidak dikenal, pemerintah Thailand terus menyalahkan kelompok-kelompok pejuang Muslim yang ada di selatan Thailand.

Pemerintah Thailand sendiri mengaku mereka telah membangun sebuah "kesepakatan yang lebih baik" dengan penduduk kampung dan semuanya dilaksanakan di bawah undang-undang dan sesuai dengan "hak-hak azazi manusia", kata jenderal Anupong Paojinda sambil menambahkan bahawa para pejuang muslim Thailand telah melakukan kesalahan dengan menyerang pegawai keamanan.

Pemerintah Thailand langsung meminta jenderal Anupong Paojinda untuk terbang ke wilayah tersebut setelah kejadian penembakan umat Islam di sebuah masjid di wilayah Narathiwat.

Bagaimanapun penduduk desa tetap menyalahkan pasukan tentera Thailand atas serangan berdarah itu, yang merupakan satu dari kejadian terburuk yang pernah terjadi di wilayah Thailand selatan.

Penduduk kampung Cho Ai-rong mengatakan mereka menduga kuat memang ada keterlibatan militer Thailand dalam pembantaian di masjid daripada keterlibatan pejuang Muslim.

"Saya yakin tidak mungkin ada pejuang Muslim yang sanggup menembak orang yang sedang sholat Isya di Masjid karena hal itu sangat sakral dan bertentangan dengan agama Islam," kata salah seorang penduduk kampung yang meminta namanya dirahsiakan sewaktu diwawancara.

Lebih dari 1000 orang penduduk kampung berkumpul di dekat masjid di Cho Ai-rong pada hari Selasa lalu untuk melihat lokasi kejadian serangan dan untuk menghadiri solat jenazah para syuhada.

Penduduk lokal mengumpulkan tubuh ke lapan-lapan orang yang terbunuh termasuk imam masjid, pada pagi Selasa kemudian memandikan dan mengkafani mereka untuk di solatkan sebelum nantinya dimakamkan.

Kelompok-kelompok HAM sebelumnya telah menyalahkan penyalahgunaan wewenang yang dilakukan tentera Thailand di wilayah selatan negeri itu, termasuk penggunaan kekerasan yang berlebihan pada tahun 2004 dimana terjadi pengepungan masjid yang dilakukan tentera Thailand dan mengakibatkan 32 orang meninggal.(fq/wb)