Sunday, June 7, 2009

Bom Atom

BBC Hiroshima, dokumentari paling baik mengenai peristiwa bom atom Hiroshima.
Pada awalnya, saya tidak dapat berapa memahami bagaimana peristiwa tersebut berlaku. Selepas menonton, barulah saya memahami bagaimana bom atom pertama di dunia dijatuhkan..

Awan cendawan yang terhasil
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4my-RlOwsc8y4Ks0AMibIZNRLsRbT14v8zWtbXlXUw-JZ5-pbsuWsZI4U5xr1ymxidwPp-igZX1RcJv9udKwcYADtm7rijD8YvEymLyJw_kprwwogcM47qFimMX0ojMoKvI22WSmEKaSD/s320/vlcsnap-33509.jpg

Dokumentari ini macam movie pun ada gak..
tonton babak kemuncak bagaimana bom tersebut dijatuhkan.. saya hanya memuat naik babak kemuncak BBC Hiroshima..memang sebijik mcm movie Hollywood

Banyak fakta dalam video yang saya muat naik ini.Antaranya ialah ..

video

Bom Little Boy yang sedang terjatuh..


Jambatan Aioi yang berbentuk T, sasaran asal target bom atom namun tersasar kepada A-Bomb Dome dapat dilihat pada waktu video 2:12

(rujuk lebih lanjut mengenai A-Bomb Dome dan Jambatan Aioi di sini)



Fakta manusia yang tersejat akibat bom atom boleh dilihat pada waktu video 2:48
Suhu di bawah bola api atom adalah setinggi 4000 darjah Celcius, suhu tersebut menghanguskan tangga, rel keretapi sehingga menyejatkan manusia yang berada di atas batu dan besi..

Bekas manusia yang tersejat dapat dilihat pada kawasan hitam..

Kawasan sekarang di mana manusia tersejat akibat suhu yang megapanas akibat bom atom

Bekas terbakar pada pokok yang terselamat dari kehancuran bom atom...

=======
'Bom atom perang' pertama di Hiroshima membunuh 140,000 orang,
'bom atom perang' kedua di Nagasaki membunuh 80,000 orang,
elakkan bom atom ketiga dijatuhkan....