Tuesday, June 9, 2009

Gambaran











Usah bayangkan gambar ini orang lain. Bayangkan itulah diri kita selepas berada di dalam kubur kelak. Bahkan lebih teruk lagi sebenarnya. Tidak kira siapa kita. Akhirnya, beginilah rupa kita semua kelak. Menjadi sajian ulat-ulat, kala dan jengking.

Sesungguhnya orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati. Jadi, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, renungkan kembali apa tujuan Allah jadikan kita di bumi ini.

Saban waktu, sudah banyak perkara sia-sia yang kita lakukan. Lihatlah di sekeliling kita, sudah berapa ramai saudara-mara dan kawan-kawan yang telah pergi mendahului kita.

Fikir-fikirkan dan buatlah perubahan pada hari ini juga.

Masa untuk kita sebenarnya sudah terlalu suntuk.