Sunday, June 7, 2009

Sejarah Lagu - Negaraku

Jangan samanku....ku hanya memberitahu maklumat sahaja! Aku sayang negara aku!

Pasal dulu Radio Era kene saman sebab cakap lagu Negaraku berasal dari lagu Hawaii..
untuk mengelakkan tersilap fakta, semua info ini diambil dari Wiki dan dikembangkan olehku...
--------------------------

File:Malaysia and Uganda Flags, Trafalgar Square.jpg

Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah Baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch.

Lagu ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.

Lagu Mamula Moon



Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.

Lagu Terang Bulan