Sunday, June 7, 2009

Stadium Runtuh

Setiap kejadian ada hikmahnya, tidak sampai seminggu dari kejadian bangunan runtuh di Petaling jaya minggu lepas negara kecoh lagi dengan isu hangat bangunan runtuh lagi. Kali ini ialah sebuah stadium yang dalam pembinaan di Trengganu .

Kes pertama bangunan lama nak robohkan dipercayai berlaku kerana muatan berat dari mesin jentera yang terlebih muatan bangunan buruk tu. Pelik tapi benar, inilah keprofesionalan orang kita .

Membuat post-mortem sesuatu kejadian itu mungkin dah jadi hobi orang kita tetapi gagal dalam perancangan (action plan) yang tepat .

Nasib baik masih dalam pembinaan. Bayangkan kalau orang ramai sedang memenuhi stadium semasa perlawanan bolasepak sedang diadakan tentu banyak nyawa yang akan terkorban.

Status : Dalam pembinaan
Owner : Kerajaan Negeri Terengganu

Kontrator: Bina Structur-Genggam Mercu-Emarcon JV; Indoor stadium: Ahmad Zaki Sdn Bhd
Civil & Structural Engineers - AZM Engineers- MA Consult-Protech Consultant consortium Indoor stadium: MECIP (M) Sdn Bhd