Biasa kita dengar cerita-cerita gadis (hantu) menahan kereta di waktu malam. Tapi dalam kes-kes terpencil, hantu tidak menjelma sebagai gadis yang cantik, sebaliknya muncul di tepi jalan dalam rupa mereka yang sebenar.
Hantu Pantai Kelanang
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtGukKbN2-1cCBXTO8OZr16-bBN_6-AEF1v3U-4u_L-xFJNSdN05I9UWxcAMwWKjLZOCUlDnfTWOPoMAXPLLt9EaPEL-_ePGzJgE-2h3vCyFMgaaTaCQB2sbRlLccC2EukGCvWBseaNDd3/s400/morib.jpg)
Gambar ini juga dikirimkan oleh sahabat gue, ND dari Klang. Tak tau kenapa dia banyak dapat supply gambar-gambar hantu ni. Nak kata perangai macam hantu tak jugak. Kata ND;
"Gambar yang diambil ketika senja (tak reti nak balik umah la tuu) ketika sekumpulan remaja dilihat sedang bermain2 di pesisir Pantai Kelanang (bertempat di kawasan banting).Difahamkan bahawa kesemua remaja yang terlibat telah berjanji takkan keluar rumah pada waktu dinihari takut2 perkara yang sama berulang. Jadi betullah cakap orang tua2, kalau waktu maghrib duduk je kat umah pasal setan banyak berkeliaran. Gambar telah diambil secara tidak sengaja oleh adik member aku sendiri."
Gambar Hantu Kayaba
You know Kayaba? Hehe.. Kayaba ni shock absorbers. Gambar hantu ini dikirimkan oleh sahabat baik saya ND dari Klang. Kata ND:
"Dirakam secara tak sengaja tatkala beberapa pekerja asing warga vietnam/nepal/myanmar yang sedang bekerja pada syif malam di kilang Kayaba (kilang membuat absorber moto laa) yang bertempat di kawasan tempat tinggal aku..."Terima kasih ND. Teruskan menghantar gambar-gambar hantu korang kepada kami.
Tangan Siapa Pulak Ni?
Ini gambar yang baru kami terima. Boleh tengok kat tarikh pada gambar tersebut. Dikatakan gambar ini diambil dalam sebuah pejabat di KLIA. Cuba rujuk pada bulatan ada tangan yang terlebih. Tangan akak tu satu lagi dia cakap tengah tunjuk 'peace' dan dia mati-mati bagitau tak letak tangan kanan dia kat atas bahu budak tu.
Hantu Perempuan Dengan Bayinya
Biasa kita dengar cerita seorang wanita perempuan menumpang kereta di waktu malam di jalan-jalan yang sunyi.. Mendukung seorang bayi. Biasanya menumpang ke tanah perkuburan. Yang biasa berlaku, bayi yang didukungnya adalah sekeping batu nisan. Kalau dalam kes teksi, duit tambang yang dibayarnya adalah kepingan daun kering. Kemudian untuk kes-kes yang lebih menyeramkan perempuan yang menumpang kereta ini akan mengilai sehingga menyebabkan kemalangan. Ada juga cerita yang didengar di mana bayi tersebut ditinggalkan di dalam kereta, dan apabila diperiksa ia sebenarnya batu nisan yang berlumuran darah!
Gambar Misteri 2 Hari Sebelum Kembali ke Rahmatullah
Seseorang bertanya:
"Tumpang tanya, ape yg korang nampak dalam gambar ni?
ade dua gambar kat sini, cari perbezaan yg korang nampak
Gambar ni aku ambik time 2 hari sebelum arwah nenek aku meninggal.
dan yang aku perasan ade mcm bentuk badan kat sebelah katil tu..korang perasan x?
Ape benda ni?"
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidJ6GfyR1ipMrlprf8W39D_m1jAj7GMeduXOvbwHqAI58kpsPkr_IFg4CYb3xZMwjLJnmemEC3qc33ONwGTDRVga-xZ89g8sIVbZBKjeKy13b3HZ9kBuosV5A3zCyljavHbOIGwudO5rqY/s400/Image066.jpg)
Apa pendapat korang?
Hantu Penanggal / Penanggalan
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.
Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.
Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.
Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.
Misteri Hantu Tenggek
Kiriman gambar kali ini dihantar oleh Mohd Azlan. Gambar hantu ini popular beberapa tahun yang lalu. Kini kami paparkan kembali untuk analisis pelawat-pelawat baru. Sesiapa yang memiliki gambar yang lebih besar, sila hantarkan kepada kami.
Update : Mohd Azlan menhantar info ini:
"gambar hantu sebenarnya bukan dekat apartment mont kiara. sebenarnya dia diambil oleh sorang budak praktikal(budak taiping,perak)yg sekali praktikal dgn aku.gambar tu disahkan oleh aku mmg gambar betul.gambar tu diambil di satu flat di butterworth,rumah kawan dia.dia tangkap gmbar kawan dia guna kamera nokia sembilu.masa dia ambil gambar tu sebenarnya terdapat kabus/asap putih dibelakang kawan dia.bila dilihat didlm hp barulah nampak ganbar tersebut,apalgi cabutla diorang."
Gambar Hantu Dalam Telefon Bimbit
Berita Harian hari ini melaporkan seorang pemuda, Nasron Jaffar, 31, telah terakam gambar hantu melalui telefon bimbit berkameranya di sebuah resort di Kuantan.
-"Beliau berkata, rakaman itu dibuat kira-kira jam 11.44 malam, 27 Julai lalu selepas beliau dan isterinya, Wan Nafisah Wan Ismail, 30, sedang beristirahat di bilik berkenaan selepas konvoi kelab berkereta dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur berhenti rehat di resort itu.
-"Saya membuat beberapa rakaman menggunakan telefon bimbit yang baru dibeli bulan lalu di bilik berkenaan kerana ingin mencuba kekuatan cahaya kamera telefon itu, terutama pada waktu malam tanpa bantuan lampu," katanya.
-"Bagaimanapun, saya terkejut apabila satu gambar yang dirakamkan dalam bilik resort itu menunjukkan wajah menyeramkan, menyerupai wajah seorang lelaki tetapi berkening halus seolah-olah dipantis dan memakai kain putih menyerupai kafan," katanya."
Akan datang, saya akan buktikan bagaimana kamera telefon anda boleh merakam apa yang gagal dilihat oleh mata kasar.
Pontianak / Puntianak / Kuntilanak
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.
Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di televisyen, ia menayangkan bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes dilaporkan mengenai adanya manusia yang mati dibunuh oleh puntianak.
Puntianak ini dikatakan mempunyai lubang dibelakang tengkuknya. Sesiapa yang berjaya hidup ketika berjumpa puntianak dalam jelmaan wanita dan memasukkan paku ke dalam lubang ini dikatakan menjadikan puntianak tersebut kekal menjadi wanita cantik. Sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali sebagai puntianak. Bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak cuba memaku mana-mana wanita yang dijumpai kerana akhirnya anda mungkin akan dituduh membunuh.
Hantu puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri dijalan yang sunyi. Oleh itu, cerita ini kemungkinan bertujuan menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takutkan puntianak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi.
Gambar : Pontianak Tampines yang glamer itu
Jangan Pandang Lama-lama
Jangan renung lama-lama. Ada cerita di sebalik gambar ini. Korang ingat cerita Aishah Masih Hidup?